03 Julai 2008




Kotak

Malam itu begitu memeritkan. Otak tua ini didera membuat sesuatu yang tidak rutin. Sesuatu yg tidak biasa dibuat bisa mengundang pelbagai trauma. Ketidakyakinan diri, inferiority complex, sahsiah diri yang kerdil , itici , itici....

"Camner tok ?, gua nyer skrip ?, minta tolong kasi perasap sikit"
Gua harap sesuatu yang bersinar di hujung terowong. Apa kes gua kene berjaga malam buat ini task ?

Tok menilik. Selai demi selai di perhati. Kening lebatnya kekadang menghayun perlahan mengikut arus bayu lembut. Kedut sejuta di serata pelusuk tubuhnya menampakkan karisma seorang otai. Jika di sebuah syarikat, mungkin sudah bergelar CEO, atau dalam konteks negara , menjadi PM atau TPM, atau Penasihat Partai.

"Biasa sangat skrip nih. Cuba out of the box sikit."
Macam biasa. Tok kekadang berbahasa English. Konon2 international tuh !

Gua ketap bibir (baca : bukan ketap gigi sebagaimana biasa) . Geram!

Malam itu , sekali lagi gua termanggu di depan laptop syarikat. Menunggu 'wahyu' turun.

Tiada ulasan: