12 Jun 2008
'Rare '
"Lu nak cari brg rare, tunggu sampai Mina", sms dari Malaysia sampai itu mlm. Gua masih lemah dengan ujian di Munzalifah. Bertarung dengan sejuk dan panas. Syukur masih muda dan berkudrat. Kali ini, gua postkan gambar2 eksklusif sahaja kerana kekeringan idea nak titipkan entry berjela2. Ngeh! Ngeh!
Satu perkara yang penting di Mina adalah SABAR. Hahahha.... Sendiri mahu ingat. Ratio tandas tak sama dengan jutaan umat. Kalau rasa nak mandi ala2 kat kampung. Kebus ! kebus ! nantikan makian daripada Q di luar. Hehhe.... Ini realiti. Sabar , sabar jugak, tapi kalau rektum dah sampai limit, lu fikir la sendiri Nabil!. Justeru, pilihlah timing yang sesuai utk mandi-manda. Normally, time selepas waktu Dhuha dan Isya'. Itu time, lu belasah la sampai kecut.
Tapi , biasa la , tempat tidur tidak semewah seperti mereka yang follow pakej. Biasa lah tu. Tapi at least makan minum di sini, ok je. Telan je apa yang derang kasi. Sini TH dah tak cover part2 makanan. So, sendiri mahu ingat. Pasrah sahaja. Janji tak kebuluq dan leh wat rukun2 dan wajib haji. One thing, cuba la approach brother2 kat sini. Tanya2 khabar. Korek rahsia rumah tangga. Hehhee....
Yes, ini part paling into. Window shopping. Pelbagai traders dari negara2 luar port di sini. Gua sampai sekarang menyesal tak sudah kerana tak beli pisau rambo dari Rusia. Memang rare gile !
"Gua ada kat depan kemah lu ni", sms dari Mizwan. Sudah membina kerjaya di Jeddah. Consultant dekat bank apa ntah. Itu lu punya rezeki. Tapi ini malam lu kene ngeteh ngan wa.
Bergegas ke luar. Salam dan peluk. Sudah lama wa tak jumpa ini orang. Nampak sihat bersama dengan anak kesayangan. Kalau ada rezeki lagi, wa nak ke sini lagi bro.
Yerp! Mitos mengatakan agak sukar melontar jamrah sama sekali tidak benar. Lu follow je arahan TH. Lontar di malam hari. Agak selesa. Ttp sunnahnya selepas tergelincir matahari. Tapi lu fikir lah sendiri dia punya jam ! Mana lebih utama ? Hehhee...
Gua ingat nak salam2 ngan geng2 ni. Tapi Arab gua masih lem. Hati agak emo melihat mereka bersusah payah melepasi sempadan semata2 menunaikan haji. Gua dengar masa derang balik ke Palestin, berlaku sedikit delay kerana karenah rejim Zionis. Hampeh !
"Lu try aa keje kat sini, bessttttttt ", racun Harun. Agak lama mengeteh itu malam setelah selesai melontar pada hari kedua. Dengan kenaikan menggila petrol di Malaysia, adakah gua akan mengorak langkah ke sana ? hehhee.....
....bersambung
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan