11 Jun 2008


Keromo

Berbekalkan ilmu yang dangkal, gua tekadkan semangat utk terus ke Utara. Misi primari adalah mengaplikasikan segala teori yang gua curi2 baca di forum.

Shutter speed ? ISO ? Aperture ?
Gua masih nyilu dengan terma2 ini. Pelaburan tidak masuk akal ini harus di pergunakan kendatipun hati masih bertanya2. Adakah gua bisa memetik picu dan memetaformosiskan objek seadanya ? Persoalan2 ini tidak perlu di layan.

"Ni mai dari mana ni ?", tegur mak cik kehairanan.
Masakan tidak. Melihat manusia gila terkial2 memetik picu di dalam sungai renek. Terhuyung hayang mencari sudut sukar (kononnya) agar hasilnya tampak rare.

"Dari KL mak cik".
Tap ! satu tembakan kedengaran.

Gua preview. Damn! macam kamera murah je nih. Dah beriban gua habis, tak kan dapat hasil sebegini rupa ? Monolog jiwa makin menggila. Kamera pasti tidak bersalah.

Moral : Tidak pandai menari, janganlah lantai di tudingkan jari. Usaha tangga.

3 ulasan:

Muhamad Fadzil berkata...

Dude, lu dah masuk gua punya territory (northern) tak sound sama gua eh? Apa la lu nih.
Nak menembak kat northern jgn lupa ajak gua ok. gua pun pakai senjata yg sama mcm lu jgk beb.

gunx berkata...

opss...sorry ..kelupaan.

Muhamad Fadzil berkata...

Bro, kalu rajin, singgah2 la blog aku.
http://fadzillynx.vox.com/

Aku pun macam hang, baru nak berjinak2 ngan fotografi.

Nak mai utara jgn lupa sound kat aku tau..

fadzil @ maff.