17 Jun 2008
Otai
Gua dah lama aim nak jumpa Dr Zainul (DZ). Kalau kat Negeri Sembilan, sebut DZ , orang akan angguk kefala. Itu Palestin sama dia ada sikit kamcing maaa...
Justeru, sewaktu gua hinggap di Paroi, hati wa berdetik kencang. Kalau wa dapat jumpa sekejap pun jadi lah. Nak sedut aura sikit. Al maklumlah , bukan senang nak tangkap DZ. Merata tempat dia merempit. Utara , selatan, tengah dan timur. Semata2 kerana Palestin. Gua sangat into.
"Gunx kene pergi ke sana", DZ sudah racun. Kem2 pelarian Palestin adalah tempat yang dapat menterjemahkan keperitan dan penderitaan. Tidak dapat di titipkan pada kalimah. Berpuluh tahun mereka menderita, kita hanya ...... ???? sendiri mahu ingat.
Sessi mengeteh bersama DZ amat bermakna sekali. Setiap hirupan teh, sedas gua dapat info terkini. Rejim Zionis semakin lemah dan Hamas kembali menunjukkan taring. Gua mengukir senyuman. Tetapi itu tidak bermakna, kita tidak perlu buat apa.
Limpahan kekayaan di Malaysia perlu kita korek dan perah. Jutaan ringgit perlu di salurkan ke sana. Apa barang derma sejuta ringgit ke sana ??? convert dollar baru berapa bro ??
Let's goneeeee !!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan