16 Mei 2008
Ultra-Krisis : Dilema Si Penunggang Kapcai
Hari pertama
Kontrol hensem depan post office. Pemasaan sepertinya tepat dibidik. Gua rasa tempoh utk module pembaharuan cukai jalan dan hinsuran tidak lebih dari 3 minit . Itupun jika sistem atas talian tidak mengalami taufan nargis. Gua berharap kali ini pasti berjaya.
"Geran mana encik ?. Cover note insuran ni tak bawa pun tak pe....", makcik kaunter merenung tajam. Gua dah ketat muka. Beg dikuis . Isi sudah bertaburan. Namun haghamm...Ramalan gua meleset lagi. Apa kejadah boleh lupa itu basic. Gua pulang hampa.
Hari Kedua
"Nah geran ....", gua hulur dengan seribu harapan.
"Errmmm....encik nak pakai insuran apa ye ?", manis sungguh senyuman.
"Hehee....Takaful Malaysia la...", gua menggatal.
"Sekejap ye...."
1 minit.
"Minta maaf la encik...cover note dah habis laa....err...encik renew sendiri insuran ..dah siap nnt , terus jumpa saya yekkk"
Jari jemari gua dah rasa ringgan. Ingin rasa di benak hati mahu di amukkan post office ni.
Jam menunjukkan 9:30 pagi. Pemasaan gua sudah lari. Apa barang masuk opis jam 10:30 pagi. Lu ingat ini welfare ka ? Namun, gua tidak ingin episod lari dari roadbloc berulang lagi.
"I'm a good citizen" *wink*
Fakta Menarik : Pemasaan bawaan motor gaya bebas dari Kota Damansara ke Cyberjaya adalah 45 minit beserta repihan hati menahan sakit tulang pinggul.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
amuk je.
jangan takut.
amuk je.
Servis cam celaka.
tak payah amuk banyak sangat..taruk kahak hijau atas meja diorang je dah cukup..
Catat Ulasan