15 Mei 2008
Iran Dan Malaysia : Mari Lawan Filim !
Chis ! Marah gua mendapat habar adanya Pesta Filem Iran baru2 ini. Kaki filem (kunun-nyer laa...)pastinya berasa baran dengan keadaan ini. Indeks kepuasan gua terhadap filem Malaysia mutakhir ini agak menurun. Gua tidak tahu pasal apa. Namun pastinya ada something missing, kan ?
Filem bodoh seperti Fitna satu dunia boleh mengamuk membakar bendera dan boikot sana sini. Gua faham , itu hak sebagai manusia. Bisa luahkan apa yang terpendam. Namun, sekali lagi kita persis kehilangan sesuatu. Ye...sesuatu. Reaktifsm mungkin ?
Lambakan filem2 tempatan sekarang ini bagi gua tidak ubah seperti lambakan baju2 bundle di atas meja (baca : bukan yang digantung). Sekali lagi, lu boleh marahkan gua dalam hal ini. Ttp gua berhak bersuara.
Filem2 Iran sebagai petanda aras. Filem yang tidak memerlukan seseorang membuka buah dada ,peha, leher dan bibir begemerlapan. Suami ? Isteri ? Anak ? . Tidak perlu mengorbankan kecantikan isteri kepada orang lain. Tidak perlu menelan air liur melihat isteri di rangkul dan di gomol. Tidak perlu mengorbankan itu hanya atas nama realiti. Ye...tidak perlu.
Hanya bertemakan kasut dan biola sahaja bisa meraih anugerah. Gua makin baran.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan