14 Mei 2008


Media : Satu Analisis (ye ke analisis ?) Amatur.

PRU-12 sudah berlalu. Topik dikedai2 kopi sudah beralih arah. Tidak kedengaran lagi maudhu' pengundi hantu, suap kain batik, jalan tar bikin baru , duit kopi , umpatan dan pujian kepada bakal2 YB.

Satu perkara yang menjadi majoring gua adalah media. Tidak kira media offline atau online. Bagi gua, zaman dahulu, orang takutkan senjata nuklear ttp sekarang...erhmmm....mungkin media. Ia bisa mencantikkan yang buruk. menjatuhkan yang sedang naik. mengghairahkan yang biasa. meruntun nafsu bergelora. bisa merubah manusia yang malaikat atau sang syaitan. oh! oh! sungguh bisa sekali.

Kita kecilkan skop kepada media offline iaitu surat khabar. Bagi generasi pop yeh yeh! , gua rasa mereka masih lagi setia menghabiskan seringgit dua wang saku demi membeli maklumat. Duduk sejam dua sambil dihiburkan dengan hirupan agung teh atau kopi. Ulasan demi ulasan.

Generasi YouTube tidak lagi. Mereka tidak perlu menghabiskan wang sedemikian. Maklumat lebih bebas dan murah menjadi pilihan seperti laman sesawang (err... apa tu?) seperti blog. Ye blog ! Menjadi mainstream setelah PRU !

Ttp sebenarnya gua masih lagi membeli akhbar. Namun , gua agak bersifa t selektif. Daripada survey rambang, gua rasa akhbar Sinar Harian lebih ke hadapan walau pun masih baru bertatih. Gua lihat peratusan jumlah berita daripada pihak kerajaan dan pembangkang se akan2 seimbang berbanding dengan akhbar2 lain. Ini sesuatu yang positif. Bukan memihak ke arah mana2 ttp gua lihat ideologi ketaksuban perlahan2 di tinggalkan. Berikan sinar kepada keseimbangan. Sebagai mana alam sekitar perlukan keseimbangan.

Fakta Menarik :
Gua suka membaca akhbar sambil berkain pelekat dan bersinglet agar tampak lebih old skol.

Tiada ulasan: