18 April 2008

Suara Orang Sana.

Kata pujangga, berat mata memandang, berat lagi bahu yang menggalas. Justeru, sekali lagi dengan semangat hot2 chicken shit, pasukan gerila Pkini telah melakukan serangan nekad di kawasan Taman Tun dan Kota Damansara. Melihat akan potensi area2 tersebut di diami oleh golongan2 kasta sederhana dan tinggi, gua memperuntukkan sedikit ongkos men-design banner lebih kurang dan sedikit proses laminasi (ada ke term ni dalam Melayu ? arghh ....belasah)

12 am.

Waktu paling ideal melakukan serangan. Gua berdebar2 keluar dari rumah. Dah rasa macam al-Qaeda. Peluh sebesar bertih jagung menitis perlahan. Bagai pucuk di lancar, gua perkemaskan tunggangan ke tempat perjumpaan dengan pasukan. Sebelum serangan , satu sessi taklimat ringkas di berikan secara membabi buta. Di samping itu, sedikit kerja2 finishing saat2 akhir dilaksana agar rentak serangan mendapat tune yang tepat.

12:45 am

Tropicana. Tempat Menteri dan Tycoon. Up satu ! Hmmm....not bad. Tidak ada apa2 bencana yang melanda.

1 am

Sungai Pencala.Serangan di sini agak mencabar kerana laluan agak hit ttp mmg itulah modus operandi kami. Meriki tempat2 hit dan mengalami fenomena sesak tahap dewa.

1:15am
Taman Tun. Satu lagi kawasan elit2 Melayu, err ...yuppie. Rumah bagak, kereta bersepah2. Gua mesti serang ini kawasan. Up satu !

1:20am

"Dude, kita kasi up kat masjid satu kot ", gua sajes.
"Ok je"

Ye, Masjid Taqwa merupakan tempat klasik dan menjadi tumpuan warga TTDI. Dengan semangat "Malaysia Boleh" , kami memberanikan diri menerjah. Tiupan badai meniup perlahan menandakan misi kami malam itu mendapat restu. Gua membetulkan otot seraya berkata "Arrghhhhhhhhhhhh".

"Ayuhhh.......misi terlaksana. Tunggu apa lagi ....", gua menghela nafas.

"Jom menge'teh." Victory.

1 ulasan:

Afrezal Karim berkata...

fuhhh.. usaha yang bagus.. dahsyat korang.. keep it up :)