"buat apa la nak beli kamera tu...."
"yg ada tu kan dah ok"
"bukan boleh buat duit pun !! abang nak tangkap gambar apa ?"
Gua tahu itu suara pembangkang. satu persetujuan strategik telah ditandatangani awal bulan lalu ttp nampaknya pembangkang terus menerus memberikan tekanan saikologi kepada pihak pemerintah.
"Ada laa...kamera sekarang tak dapat lagi memenuhi nafsu serakah abang"
Oleh kerana desakan dan perang saraf semakin hangat, gua mencetuskan keputusan untuk meneruskan projek ini kerana ia bersifat jangka panjang dan lambat laun rakyat akan merasa natijahnya.
"Lu free tak petang ni?", satu teks di beri kepada seorang kenalan yang mengidap sindrom kandid.
"Petang ni .. ok ", jawapan gembira.
Gua senyum melebar tanda kekalahan moral kepada pembangkang.
1 ulasan:
beli jgn tak beli...bonus yg ada tu simpan mender..eheheheh
Catat Ulasan