Riang Malam, Tangis Pagi
malam itu, AY (ahmad yassin) riang bersama pakaian baru. tadika barunya menjual pakaian. boleh tahan harga nya. gua pejam mata sahaja.
sementara itu, gua dan wife sudah riki itu tadika. kasi puas hati. amaun yuran bisa sahaja menyedihkan poket. agak lama mata menyorot ganas memegang calculator. melihat imbangan pendapatan dan juga perbelanjaaan. kerajaan sudah bertukar bermakna pentadbiran juga akan berbeza. gua makin berhati2 menyalurkan perbelanjaan. namun bagi aktiviti berbau sosialis seperti menge'teh dan juga menge'teh, gua tidak akan teragak2 men-infaq-kan sejumlah harta.
pagi tadi , raungan AY agak berbeza. segala2nya tidak kena. mandi , pakai baju, merengek nak tengok cerita surf's up , water horse, open session dan ntah apa lagi title yang di rapunya. gua makin hilang akal. namun, UY (ummu yassin) dapat menyelamatkan keadaan.
tepat jam 7:42 pagi, gua sudah sampai di tadika baru AY. gua pejam mata meninggalkan AY terpinga2 di tempat baru. sekali lagi Kota Damansara bergegar dengan tangisan insan bernama AY. gua hanya mampu menangis di dalam hati. itu sudah hukum alam. berhijrah.
argghhh.....punch card merah lagi !! siapa la yang gatal2 cipta mesin punch card ni ? apa kes gua bermati-matian merempit 120km/j , hanya untuk mengejar mesin masa itu. itu kerja gila !! justeru, dengan kuda2 yang diperkemaskan , gua selamba henjut 60km/j.
biar lambat asal selamat, dude !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan