Sediakan payung sebelum hujan ... tetapi ....
"Ler ... apasal tak buat back up"
"Hehhee....siannyer ..."
"Macam mana dengan data ko ?"
Antara persoalan yang paling malas gua nak jawab dalam masa terdekat ni. Pepatah orang tua seringkali menyebut , sediakan payung sebelum hujan, ttp sebagai manusia, kekadang penyakit lupa dan tidak sedar diri menjadi faktor.
"Arghhhhhhhh....habis gambar gua kat Mekah. Mana nak cari balik nih ????"
Itulah hajat gua, ingin menukilkan secebis pengalaman ketika berada di Tanah Suci melalui blog ini ttp nampaknya gua hanya setakat menulis hingga di padang Arafah sahaja. Sebenarnya perjalanan masih jauh dan banyak lagi input2 yang ingin gua kongsikan. Tetapi gua akan ghairah menulis jika di kepilkan sekali dengan gambar akan tampak lebih kick dan mampan.
Justeru, walau pun gua tahu ini misi mustahil , dari hari ke hari , gua meriki mana2 kutu2 atau port2 yang bisa meng-recover data2 gua. Percayalah ! gua amat sedih akan kehilangan ini. Itulah satu2 masterpiece yang ingin gua kongsikan kerana perjalanan hidup gua tidaklah menarik sangat.
Jika lu orang ada mempunyai kepakaran forensik meng-recover data seperti dalam siri drama CSI , jangan berlengah lagi. Cepat2 contact gua dengan kadar segera agar semangat yang hilang ini tidak sirna.
Arrghhhhhhhhhhhhh !!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan