Malam Yang Panjang. Mencari mangsa revolusi.
Menjadi mangsa memang meletihkan. Sering sahaja mencari tempat perlindungan dan alasan. Masa dan keadaan kelihatan garang di hadapan. Merangkak dan berlari mencari mangsa.
Kekadang gua ingin bermetamofosis menjadi karnivor. Pemangsa atau lebih tepat mengepalai satu revolusi berskala kecil.
Malam merangkak perlahan. Kota Damansara memang 'damai' di waktu malam. "Damai" dengan lagak ngeri jejaka rempitan dan minah-AF-champion-wannabe. Tegar berwheelie. Muda hanya sekali.
Malam yang panjang.
Tiang2 lampu isyarat taat berdiri. Berjasa saban tahun, dekad dan abad. Gua terpaku. Melihat satu potensi. Ini satu peluang untuk gua menjadi karnivor.
"Dude, ini malam kita serang KD..." arah karnivor junior.
"Gua ok je...", jawab karnivor junior yang lain.
"Itu tiang kita kasi up satu banner. Bikin baikkk punya ...Ini malam kita kasi gegar !!"
"Gua ok je ...."
Kota Damansara bakal menerima satu revolusi. Maksud gua revolusi berskala kecil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan