14 April 2008

Khilaf Yang Pasti

Sepasang couple yang sah duduk di ruang tamu. Masing2 memegang genre majalah yang berlainanan. Laki khayal dengan majalah modifikasi kereta manakala perempuan mabuk dengan dekorasi dalaman rumah.

Sama2 diam. Menaakul minda memahami butir2 ayat dan kalimah. Kelihat begitu taksub dengan ideologi dan selera.

"Kita buat dapur la bang! ", terpacul kata2 amaran.
"Buat apa la nak tukar2 enjin tu....pakai je yang biasa tu"


Si laki (baca : gua) terdiam keegoan dan kesombongan melangit.

"Kita tukar la henjin kereta tu, kasi power sikit, dapur tu biarlah seadanya....", jawapan ngeri diberikan.

Si perempuan memuncung.

"Kalau tukar juga enjin, mas tak nak bawak ..."

Gua terdiam dan meneruskan pembacaan tanda protes. Ruang tamu kembali diam dan hening. Satu khilaf yang tidak berkesudahan.

1 ulasan:

elly berkata...

eloknya si mas cakap : "kalau tak buat dapur baru mas tak nak masak...teh pun buatlah sendiri"....hahahahaha......