Warna-warni PRU12
"BA sudah tapau Selangor "
"Weii...Nurul Izzah menang kat Lembah Pantai"
"Kedah pun macam kene tapau ...."
"Perak kene tapau jugakk !"
"Khairy monang kat Rembau"
Antara pesanan ringkas yang menghiasai phone gua pada malam yg dipenuhi suasana suspen , ngeri, 18PL dan insiden2 yang misteri.
Gua seperti biasa tidur selama 2 jam selepas pergi mengundi bagi mendapatkan tenaga pada sebelah malam sebagai pemerhati politik amatur. Setiap2 komentar dan buah fikiran para pengundi gua save sebgai modal entry kali ini.
Voters di kampung gua, masih lagi paranoid dengan BA dan masih bersama BN . Walaupun Parlimen Maran dan DUN Luit masih mengekalkan kejuaraan dengan majoriti mantap ttp pengundi muda rata2 telah beralih angin. Pengundi tegar BN di kampung gua, nampaknya telah mula berpecah. Antara faktor kemurungan tersebut kerana kegagalan wakil rakyat mendapatkan perumahan yang begitu manis dijanjikan pada PRU11 lalu. Namun undi daripada warga kampung berusia emas menyelamatkan kapal BN.
Bagi pihak BA, kesuntukan masa berjumpa dengan orang ramai merupakan faktor utama. Namun satu fakta menarik adalah kawasan cina memberi kemenangan kepada wakil PAS. Itu memang Fact Of The Years bagi gua. Seperkara lagi , bagi gua, ceramah PAS sepatutnya bersifat mesra BN. Ceramah yang berapi2 membuka pekong sepatutnya diminimakan. Berikan tumpuan kepada usaha kebajikan rakyat agar ia lunak didengari oleh semua termasuk Cina dan India yang gua rasa sama2 merasakan keperitan kenaikan harga minyak dan tol. Hehhee....
Namun, gua mampu tersenyum kerana dewan Parlimen kali ini menyaksikan pertembungan suara BN dan BA yang seimbang. Hehhe...sendiri mahu hingat aa brader !!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan