07 Mac 2008

Cula

Proses mencula adalah aktiviti biasa para calon utk meraih sokongan undi. Proses ini amat kritikal dan memerlukan individu2 yang mempunyai PR yang bagus. Pada pemerhatian gua, golongan wanita amat2 diperlukan bagi meraih sokongan.

Dan PRU kali ini, buat pertama kali Ummu Yassin (UY ) turun padang. Selama ini beliau memandang sepi akan hal2 yang berkaitan dgn politik. Politik adalah kotor dan penuh dengan manusia2 yang rakus akan kuasa. Di dalam nya segala2 yang haram menjadi halal. Umpat2 dan kata mengata. Justeru, jauhilah dari politik. Biarkan mereka terus berkuasa dan memerintah.

Pabila sudah turun padang, persepsi itu nampaknya sedikit demi sedikit dapat diperbetulkan. Bertemu empat mata dengan calon Taman Medan, Kak Niza. Bersama2 merayu penduduk Taman Medan agar mengundi kepada perubahan. Krisis harga tol, isu tanah perkuburan, cukai pintu dan cukat tanah. Itu antara rintihan dan dirasakan beban yang amat menyiksakan. Kuasa pada 8 March ini sepatutnya digunakan sepenuhnya.

Syabas UY !

Tiada ulasan: