Surat Terbuka Utk Pak Lah
Gua tahu , blog ini hanya picisan dan tidak akan di pandang oleh orang2 besar macam lu. Tapi inilah rintihan gua sebagai blogger jalanan yang makan gaji serta taat setia membayar kenaikan harga minyak dan tol serta tinggal di dalam negara yang harmoni dengan pelbagai agama, bangsa dan budaya.
Gua sangat into dengan media dan publishing stuff. Lu mesti lagi arif dalam zaman sekarang, orang makin berpusu2 dengan maklumat serta info2. Lu mesti kadang2 sebelum tidur ke, turn on channel tv. Tak kiralah tv1,2,3,9,awani dan AXN. Tapi lu perasan tak ? Saluran2 kat tv2 negara kita macam tak berapa balance. Sepatutnya balance macam lambang parti lu. Hidup perlu keseimbangan. Kalau terlebih gula nanti diabetes. Terlebih garam, itu HKL jugak kasi masuk.
Hukum alam , dude.
Justeru, sebagai rakyat Malaysia yang taat setia membayar kenaikan harga minyak dan tol serta tinggal di dalam negara yang harmoni dengan pelbagai agama, bangsa dan budaya, gua merayu pada lu amnya, serta Kementerian Penerangan khasnya agar lebih balance dalam membuat liputan. Golongan pembangkang pun manusia. Mereka ada perasaan dan ingin didampingi. Islam Hadhari kan mengutamakan kasih sayang serta adil dalam segala hal ?
Walk the talk , dude.
Sebagai rakyat Malaysia yang taat setia membayar kenaikan harga minyak dan tol serta tinggal di dalam negara yang harmoni dengan pelbagai agama, bangsa dan budaya, gua merayu agar RTM dam TV3 dapat dineutralkan keasidan mereka. Gua boleh dikatakan paras2 hidung dalam ilmu agama, ttp gua rasa dosa fitnah lebih besar daripada membunuh. Lu mesti tahu mende2 ni kan ? Gua rasa, jika berterusan RTM dan Tv3 dengan acuan sekarang, 10 tahun akan datang, media ini pasti akan menjadi bahan sejarah utk kajian pelajar sekolah menengah.
Media yang paling pelik dalam dunia !!
Justeru, pendapat picisan sebegini , gua harap dapat ditimbang tara dan di bawa ke peringkat atasan. Jika tidak, pendapat2 picisan sebegini akan terus berkumandang dan bergabung membentuk tsunami pada tahun 2012. Hehhe.....Gua gurau je.
Peace !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan