Ubah
Dulu gua tersengih bila ibu mendedahkan cereka sewaktu kecil. Pagi Ahad memang di nanti saban minggu. Pada malam itu, gua akan tidur2 ayam. Tidak sabar mahu ke bandar setelah 6 hari terperok di kampung bertemankan ayam dan pokok manggis.
Pakaian utk ke pekan sehari memang gua eksklusifkan daripada pakaian utk bermain2 di petang hari. Teserlah sekali akan kebersihan dan rapi sekali rupa paras.
Ibu memang tegar sekali membawa gua ke pekan sehari. Walaupun sudah tahu akan kesudahannya nanti. Raungan gua memang kedengaran tatkala wujudnya patung dan permainan bertaraf new arrival.
Tegar memujuk agar kadar raungan menurun. Gua tetap meronta. Sungguh autokratik sekali tingkahlaku gua. Namun dengan kadar umum 4 tahun memang itu dipandang normal oleh manusia2 mumayyiz.
Secara gharib-nya, ia akan berakhir dengan tragedi rela paksa oleh ibu. Duit yang begitu payah di cari begitu senang dialir. Demi kasih sayang seorang ibu.
"Waaaaargghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh , ayah !! nak robotttttttttt "....
Tangisan AY itu mengejutkan lamunan. Aduhh....tengah bulan ni AY !! Namun, AY tidak mengenal istilah tengah bulan.
What you give, you get back !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan