Dua Dalam Satu
Pagi Sabtu memang satu hari yang menyenangkan. Setelah penat mengharungi 5 hari yang menyesakkan dada, kini tiba hari utk bersantai bersama anak2.
Namun, bak kata orang dan sabda Nabi, ilmu dituntut dari buaian sampai ke liang lahad. Gua sedar, bab2 parenting dan financial memang sejak dari sekolah rendah sampai ke universiti , gua bisa tergolong dalam gagalist*.
Justeru, dengan semangat tahi2 ayam , hujan lebat di pagi itu , gua abaikan. Kancil 660 yang setia itu mengaum di LDP dan MRR2 menuju ke UIA, Gombak.
Kelas ustaz hasrizal aka saifulislam dan ust zaharuddin aka UZAR mmg gua into. Corak penyampaian yang kontemporari dan segar membuatkan gua tidak melihat sangat berapa banyak bayaran yuran. Bukan bermaksud taksub ttp gua berasa ini sesuatu peluang yang tidak boleh dilepaskan.
Seawal jam 8 pagi , kancil gua sudah siap sedia mencari ruang parking dan sudah selesa melabuh punggung serta menadah telinga kepada bit2 ilmu. Keadaan dewan kuliah mengingatkan gua pada kenangan lalu
Pada kedua2 ust, gua tabik spring kat lu. Harap segala teori dapat diterjemahkan.
gagalist = orang yang gagal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan