26 Mac 2008

Rambo 4 : review session

Sejak kemunculan hero US yg poyo ini sekitar tahun 80-an, ikon ini begitu diminati oleh gua. rumah jiran2 yang mempunyai pemain video akan gua riki saban hari dan bertanyakan adakah sudah di beli filem aksi ini. Melihat pada iklan di dada2 akhbar ketika itu, gua begitu teruja utk melihat dengan mata kepala.

Aksi2 yang tegar melawan musuh dengan segala perkakasan perang buatan Amerika (baca: tools ini sebenarnya telah banyak membunuh saudara2 kita di Palestin dan Iraq) dan juga tidak lupa kemahiran kendiri beliau ketika cedera terkena tembakan musuh (rujuk Rambo 3).

Ketika ini, Stelon sudah agak berusia dan mungkin berpenyakit akibat arak dan perempuan. heheh... . Justeru, gua mengambil kesimpulan, kariernya sebagai pelagak aksi ngeri Rambo sudah berakhir. Beliau tidak lagi kelihatan memegang senjata2 tajam malah menumpukan perhatian kepada kerja2 kebajikan.

Namun, telahan gua meleset. Rambo 4 kembali menyerang pawagam ibarat kemunculan Windows Vista setelah Window 98 !!

Gua malas nak review secara terperinci kerana bagi gua , jalan cerita dia macam sama. Malu2 kucing dan join operasi (padahal dalam hati nak!). Awek pujuk baru nak join. Cuma gua agak suka cara kezaliman melampau dibikinkan. Dada gua seakan2 berombak melihat kezaliman rejim pemberontak Burma bermaharajalela. Tetapi ending dia , gua tak berapa suka kerana macam senang sangat nak bunuh sang penjahat. Nampak sangat ketua pemberontak tak la terror sangat walaupun bergelar terrorist !

Dengan ini , gunx.blogspot.com telah bersepakat memberikan 2/5 kepada filem ini. Gua harap tiada lagi Rambo 5 lagi selepas ini kerana confirm Stelon sudah retired dari menjadi pelakon.

Errkk...macam Idris Jusoh retired dari MB Ganu !

Tiada ulasan: