Misteri Sendi-ku
Sejak seminggu yang lepas, kesihatan wa agak terganggu. Pergerakan wa menjadi semakin terhad. Aktiviti kebiasaan wa pun gua limitkan semaksima mungkin kerana misteri yang mendatang ini.
Sudah 2-3 kali ke klinik, doktor masih selamba memberikan wa ubat woren yang hanya sekadar 'menipu' wa agar menjadi sihat. Tetapi ia hanya sementara.
Keesokkan harinya, gua kembali meraung. Solat pun kekadang gua gagal berdiri sempurna. Duduk dan menahan sakit ketika rukun rukuk dan sujud. Antara part yang gua akan mengetap gigi sekuat2 mungkin agar tidak kedengaran teriakan yang bisa akan memberikan markah zero kepada solat wa.
dan ... sehingga ke hari ini, wa masih lagi mencari2 punca penyakit wa ini. Jika lu ada info, kasi wa hint . Dan wa depositkan ucapan tengkiuverymuch.
Aduh.....sakitnyaaaaaaaa !!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan