06 Februari 2008

Teman sebilik

mendapat roomate (RM) yang unggul dalam erti kata senang bertolak ansur, tidak selfish dan tidak kemut dalam sebarang hal menjadi impian setiap jemaah haji.

Gua agak senang hati ketika di Madinah kerana boleh di katakan 88% sifat2 RM wa tergolong dalam kategori di atas. Boleh la wa tiru sifat2 mereka kerana kedangkalan ilmu wa yang masih lagi hijau dalam menempuh kehidupan di rantau orang.

Cikgu Azhari , walaupun agak berusia , namun sifatnya yang begitu tolerance dengan orang muda yang kekadang bersifat gila2 agak mencuit hati wa utk lebih mendekati bekas guru ini. Sifatnya yang mudah tersenyum dan mudah menolong orang dengan tidak mengira latar belakang walaupun wa tahu dia agak berada , membuatkan wa saban hari ingin mendekati dan mengorek pengalaman beliau setelah berpuluh tahun bergelumang dengan anak2 muda. Profesion sebagai guru, penolong kanan serta guru besar membuatkan beliau agak 'masak' dengan rentak orang muda.

Satu hari setelah selesai makan malam. Gua usik beliau dengan soklan cepu emas.

"Cikgu tanak masuk politik ke ? Kalau bertanding , confirm menang ni !!", usik wa.
"Kawan tanok aa masuk politik, dah tua , dah tak larat.", sambil senyum lebar penuh makna dengan loghat pekat Temerloh.

Terima kasih cikgu kerana berkongsi pengalaman berharga itu.

Tiada ulasan: