27 Februari 2008

Media Oh! Media

Gua layan tv, gua layan surat khabar, gua layan radio.
Gua rasa macam dok dalam zoo. Melihat telatah binatang yang rakus. Ibarat sang singa ingin melapah sang rusa yang kerdil dan kudus.

Gua kuat , lu lemah. Ikut suka gua nak buat apa. Lu dok diam2. Telan sahaja apa yang gua muntahkan. Jangan nak memandai2 buat pendapat sendiri. Lu orang semua bodoh, lu perlukan tongkat utk berjalan, lu masih budak2 , masih hingusan , tidak pandai buat keputusan. Belum mumayyiz.

Maka , mengaumlah sang singa berkali2. Menyuruh yang lain agar diam.

Hahahha......demokrasi rimba.

Marilah kita sama2 duduk dalam keadaan ini. Menikmati kenaikan harga minyak. Menikmati harga susu, teh, roti canai yang melangit. Jangan bimbang tuan2. Harga kita antara yang terendah di rantau Asia. Mari sama2 kita raikan kenaikan harga ini. Yamsing Yamsing !!

Shut your mouth, Close your eyes, Empty your brain. Hahahhahaha........

Tiada ulasan: