21 Februari 2008

Kuasa

Poster. Sesuatu yang statik ttp berkuasa. Daripada tidak membeli menjadi tertarik utk membeli malah lebih teruk terus menjadi pembeli tegar. Gadis yang dicinta. Sebagai tanda sayang, 40 ribu melayang. Hanya kerana sekeping poster gergasi. Hanya mahukan si dara berkata "ya" kepada lamaran. Duit begitu senang melayang.

Itulah kuasa poster.

Gua semakin tertarik dengan kuasa ini. Berbekalkan sedikit knowledge bermain Photoshop, perlahan2 gua lakarkan teks. Sesudah itu, gua tenung setiap baris ayat. Adakah ayat sebegitu bisa mempengaruhi orang ramai ? atau sekadar menjadi bahan ketawa khalayak ?

Gua cuba lakarkan lagi. Nampak seperti puas hati. Tetapi perlu meminta endorsement dari ahli persatuan pengeteh tegar. Biar sama2 menyumbang khidmat.

Bukan, bukan. Bukan poster pangkah itu , pangkah ini. Undi aku , sms aku.

Gua tidak pandai berkata2. Kata2 gua hanya akan menjadi bahan ketawa dan gurau senda. Tetapi...poster ini bakal mengegar penduduk Malaysia.

Nun di sana. Gaza makin tertekan. Gua harap poster ini bisa membuka mata. Di samping kita sibuk mengempen di sana sini, harap singgah sebentar dan tatap poster ini. Moga minda pause sebentar. Memikirkan mereka yang kesempitan dan tertekan. Akibat perbuatan rejim durjana dan juga alpa umat Islam sedunia.

Tiada ulasan: