Si bakal pengantin baru, Affiza mencadangkan gua mencuba satu ubat dari farmasi bernama "Cartilamine". Pengalamannya berada di rantau orang mendedahkan beliau dengan pelbagai ubat-ubatan. Cuaca yang pelbagai di sana memungkinkan penduduk luar negara lebih peka dengan penyakit berbanding dengan kita yang leka dengan roti canai dan teh tarik saban pagi.
Walaupun gua masih belum mendapat result hasil ujian darah, namun gua beranikan diri mencuba. Walaubagaimanapun, hatil kecil gua tetap berdetik, takut kedapatan kesan sampingan yang memudaratkan jasad.
Sejurus tamat sessi kerja, gua bergegas a.k.a berlari-lari anak ke farmasi di KD, semata-mata mahukan penawar. Adat manusia yang berpenyakit, di mana sahaja ada penawar, ibarat gula dan semut. Di kala kita sihat, solat berjemaah kita pandang enteng dan tidak ambil pusing. Padahal aktiviti itu amatlah berguna utk kesatuan kita. Semakin gaji meninggi, semakin tidak memerlukan masyarakat. Semakin tidak pedulikan jiran sebelah, kiri dan kanan. Huhuh......
Cartilamine. Lama gua peratikan label pada kotak ubat. Nampaknya macam campuran herba. Justeru, jika gua cuba pun, rasanya tidak memberikan kesan samping. Harap-haraplah....
TQ si bakal pengantin baru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan