Gunx Di timpa Penyakit Misteri ?
Entry wa kali ini sudah macam akhbar Metro. Nak kasi catchy. Nak kasi orang beli dan baca dan buat tempat tempat isi kuku atau jagu bila tiba waktu kerat waktu sunat (i.e Hari Jumaat).
Ye , sudah minggu ke-2 , wa berjalan terhegeh2, mengesot, sembahyang duduk, merangkak, mengetap gigi menahan sakit.
Pabila di tanya kengkawan, pelbagai teori timbul. Ada yang mengatakan tahap kemandoman gua agak ketara berbanding wa semasa di Tanah Suci. Jadi otot2 wa seakan2 'merusuh' kerana tuan punya badan hanya pandai makan dan tidur. Tidak lagi berjalan kaki berpuluh2 km sehari.
Di Malaysia, negara mewah. Wa ada motor, apa guna ? Rempit sahaja. Tidak perlu gusar menggunakan tulang empat kerat dan berpeluh hanya kerana perut lapar. Di tambah lagi penghawa dingin sana dan sini. Tubuh wa makin longlai dek kerana kemewahan ini.
Minggu ke-3. Wa sudah tekad. Perlu merujuk pada doktor pakar. Dengar apa katanya. Lebih spesifik dan tidak perlu mengeluarkan fatwa itu ini. Insyallah, wa bisa sembuh dan aktif seperti biasa. Wa rindukan kaki wa yang cergas dan badan wa yang begitu responsif.
Tetapi .... buat masa sekarang, kesabaran adalah perlu.
Oh ya ! Selamat mengundi seme !
Parlimen dah bubar , hari2 makan pengat, sendiri mahu hingat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan