19 Februari 2008

Darah ! Aku Mahu Darah !

"Pergi la klinik bang!. Teruk sangat dah tuh."

Saban pagi , Ummu Yassin (UY) terpaksa memapah gua utk ke bilik air. Sejak akhir2 ini, gua tidak mampu lagi ke bilik air utk berwuduk. Terpaksa di bawakan air ke bilik.

Seperti biasa, setiap perpindahan rukun menuntut wa menahan sakit tidak terperi. Terutama sekali, rukun tahiyat yang memerlukan sendi bekerja agak kuat. Ketap gigi , terus bacaan. Saat setelah memberi salam, wa akan menjerit setelah penat menahan selama 3-5 minit bersolat.

(Nota : Kesakitan ini menyebabkan gua lebih suka melakukan sujud dengan agak lama)

"Saya terpaksa ambil darah untuk tentukan penyakit awak. Ubat penahan sakit nampaknya tidak memberi kesan", ujar Doktor Zaid (bukan nama sebenar). Klinik 24 jam di KD ini merupakan tempat regular bagi wa sekeluarga mendapatkan rawatan. Gua hanya mengangguk persis itik nila tidak ketahuan punca.

"Kami akan call Encik Rizal selepas mendapat keputusan ujian darah ini".

"Kita berubat kampung nak ? ", mak memberikan cadangan selepas makan malam.
"Ntah aaa mak, tengok dulu aa ujian darah tu cam ner.." , jawab wa bermalas-malasan.

Gua seperti biasa mengalihkan topik utk menceriakan suasana. Kedatangan mak gua ke sini sepatutnya tidak perlu bersedih-sedihan. Hehhehe....

"Macam mana la agaknya keputusan darah tu nanti ?", tanya wa dalam hati.

Gulp !!

1 ulasan:

salman ® berkata...

gunx, try baca : http://en.wikipedia.org/wiki/Rheumatoid_arthritis

Hopefully nothing serious. But minda kena prepared apapun resultnya. :)