13 November 2007

Tiga

Ntah kenapa hari itu tercatat hari terkalut di dunia. Bersamaan pula dengan hari terpenting dalam hidup gua. AY sudah membesar. Dan hari itu, 7.11.2007 merupakan hari ulang tahun kelahiran putera sulong gua, Ahmad Yassin.

Nama Ahmad Yassin gua paste dari seorang tokoh terkenal dari Palestin. Ramai orang mengatakan gua seorang peminat Yassin Senario atau Yasssin x -Brothers. Memang laa, gua layan gak lawak si Yassin dan lagu Yassin sorang lagi tu, tapi nama Ahmad Yassin ni tiada sebarang kaitan langsung dengan dua orang selebriti di atas. Hehhe....

Ahmad Yassin sebenar tinggal di bumi bergolak , Palestin. Seorang yang aktif di waktu kecil dan remaja tetapi malangnya akibat satu kemalangan kecil sewaktu remaja, beliau lumpuh. Walaupun lumpuh tetapi hatinya pejal dan tekad ukt membebaskan Palestin dari jajahan rejim Zionis. Amat lah tidak logik , seorang yang hanya mampu mengangkat kelopak mata sahaja tetapi amat lah digeruni oleh seantero batalion rejim Zionis.
Tubuh kecil beliau itu memerlukan 3 roket berpandu utk menghancurkannya. Ini adalah fenomena.

Jam menunjukkan pukul 5:30 petang. Mesyuarat baru bermula. Gua makin gusar. Bzzday AY harus disambut walau pun dia tidak memahami. Dengan segala jurus yang ada , gua suarakan ...

"Boss !! Saya minta execuse, Hari ni ada jamuan aa kat rumah ...."

Vrommmmm...........Honda Wave 125 gua bergema. Yeah !! AY tunggu !!!

Tiada ulasan: