07 November 2007

Syawal yang di hujung

Zaman wa kecik2 dulu, Aidilfitri di sambut meriah pada malam raya dan raya pertama sebelum Zohor. Selepas Zohor , jika kedapatan manusia2 yang berumur 25 tahun ke atas datang menjenguk bermakna mengundang ketidaksenangan tahap premium.

Hari Raya kedua, mode raya sudah tidak lagi mantap seperti hari sebelum. Otai2 seme sudah mulakan puasa sunat 6. Muda mudi mencari kawan sepermotoran bagi menyambung sessi borak dan bertanya khabar sebelum cuti kehabisan.

Hey! itu cerita dulu. Sekarang sudah hujung syawal. Tetapi mode raya masih lagi kedengaran di KL ini. Sana sini rumah terbuka di adakan. Itu petunjuk positif yang menandakan makanan masih lagi banyak di Malaysia.

Sambutan Aidilfitri di pejabat juga tidak ketinggalan. Jika tajuknya adalah "Jamuan AidilFitri", gua sudah sematkan dalam hati bahawa dalam bab2 makanan ini, kita tidak boleh main2. Kita mesti sungguh2. Orang sudah hidang, dengan tahap keseriusan yang melampau , kita mesti makan dan lupakan hal2 lain. Jika topik kerja di buka semasa majlis bermula, ia ternyata mengundang kemarahan gua. Gua amat tidak amek port jika topik2 kerja diutarakan semasa lidah sedang lazat meratah sate2 dan lemang2. Ia merupakan kombinasi yang amat tidak secucuk.

Justeru, gua hanya layan dengan silent-mode dan vibrate sahaja. Sorry!!

Tiada ulasan: