14 November 2007

Ready to Flag Off ...

Antara manusia di dunia yang tidak sabar menanti detik 25/11/2007 adalah bonda gua. Setiap detik di perhatikan agar semua kelengkapan menunaikan rukun ke-5 sudah disediakan. Itulah adat orang tua. Sentiasa berwaspada dan bersiap sedia.

Berlainan dengan gua yang masih lagi kalut dengan kerja2 duniawi. Isu sana, isu sini. Pending sana, pending sini. Ada sahaja yang perlu di kejar.

Gua tahu itu hanyalah alasan. Jika dibandingkan tugas gua dengan tugas para pemimpin memanglah agak ketara perbezaan. Sebab itu, gua tak boleh jadi boss. Time management memang gagal. Jika 2 tugas datang serentak, gua tak boleh nak concentrate and end up doing nothing. Hehhehhe....!!

"Aok dah siap kemas barang ?" soalan harian bonda jika telefon di angkat.
"Errkk...beg pun tak beli lagi mak ", jawapan yang begitu frustrated sekali.
...dan seperti biasa , bertubi lecture diberi menandakan gua telah melakukan kesilapan.

Sorry mum! Today i'll buy the bag-lah !!

Tiada ulasan: