06 November 2007

Dilema Nasyid dan Skima-nya Video Clip itu.

Selain lirik yang mantap dan halus serta melodi yang masyuk, faktor sampingan yang menambah umpphhhhh!! pada kekuatan sesuatu lagu adalah pada persembahan klip video-nya. Gua antara insan2 yang dilahirkan amat suka memerhati akan setiap inci persembahan klip2 video artis tempatan dan antarabangsa.

Sami Yusuf antara artis yang mempunyai team pembikinan klip yang masyuk dan gua sangat into sekali. Mesej yang padat, segar dan kontemporari amat penting bagi menembusi pemikiran anak2 muda revolusi. Gua amat2 tidak bersetuju jika sesuatu klip di bikin kira-tangkap-muat-asal-boleh sahaja.

Nowseeheart, antara group tempatan yang gua sangat rekemen. Di samping lagu2 yang masyuk dan evolved, pembikinan klip juga mendapat sentuhan kreatif. Tidak hanya terikat dengan scene berdiri lurus rapatkan sof di tepian tasik dan tangga masjid berlatarbelakangkan pancutan air. Bisa sahaja di bikin di dalam sebuah bilik kecil asalkan dapat di cungkil idea2 radikal tetapi berpandu.

Dalam lambakan klip2 happening pasca-AF + MyStarz + Mentor + MI , para "pendukung seni berpandu" ini tidak patut merasa selesa dengan corak persembahan yang sama. Sudah sampai masa revolusi di laungkan.

Err....gua cakap leh aaa....

Tiada ulasan: