05 November 2007

"Art For Grab" Special Report @ Central Market , 4/11/2007

Gua dan Art memang tak dapat dipisahkan (amacam?? rasa loya tak ?). Justeru, sejurus selepas lunch, dengan nekad gua tendang engkol motor lalu merempit sebentai ke Pasar Seni sana bagi membuat liputan eksklusif buat pembaca BPT. Art For Grab ini berlangsung di tingkat atas bangunan bersebelahan Pasar Seni. Ia bertujuan memberi platform bagi anak2 seni yang terpinggir dari arus perdana bagi memperlihatkan hasil kreativiti memasing di samping dapat menjual dengan harga yang tidak menstrem. Kira lu orang boleh beli aa, tak de mahal sangat berbanding harga makap-tak-hingat di KLCC !!

Have Fun , Dude !!



Booth ini sepatutnya Amir, si tuan direktor "Lelaki Komunis Terakhir" yang jaga. Alih2 , si amoi ni plak yang terjegat kat situ. Dengar cerita dia jaga hari pertama kejadian. Jadi peluang wa nak jumpa dia terlepas .







Tshirt DIY for sale!








Hasil lukisan for sale !!







Kain bercorak.









Ntah, wa tak hingat amoi ni jual apa ? Jadi , wa snap jek ..










Tgh2 wa belek booth ni, muka tokey dia rasa cam wa kenal. Jadi wa beranikan diri tanya.
"Mat jan ke ?"
"Ye saya, macam mana kenal?"
"Baca blog ko"
"Ngko sapa ?"
"Gunx"
"Oh ya! kita penah YM itu hari "

Perbualan makin rancak. Dari mat jan , wa mendapat info berguna utk projek utk masa akan datang. Dari situ wa tahu, nak bikin buku ini tidaklah sepayah yang di sangka. Janji hati nekad. Modal ada sikit. Terus henjut. Cuma beberapa prosedur perlu dilaksanakan sebelum buku kita keluar di pasaran. Tq Mat Jan!!



Ye ini ! Inilah Fathul.
Seorang pemuzik dan pelukis. Wa lepak lama juga kat booth dia. Orangnya kelakar dan extrovert. Wa tanya satu, dia jawab 10.

"Ngko dok mana?"
"Kota Damansara"
"Oooo....dekat je aa...aku dok kat Taman Tun"
"Boleh ambil ke ni ?" (merujuk kepada pamplet)
"Ambil aa...free je tuh.. tapi ada mandrem kat dalam tu, kalau ko baca, nanti ko akan datang jumpa aku balik ..heheheh"
"Cehhh..."

"Boleh aku ambil gambar ko"
"Ooo...ambil gamabar aku , kene bayar 50 sen ..hehehe"



Hasil kerja tangan Fathul

Tiada ulasan: