01 November 2007

"Buat apa lagi tu abang ? .. dah malam ni huh !!"

Laptop on. Malam makin larut. Kebetulan program2 di TV tidak menarik langsung malam itu. AY sudah selamat di alam lain melayan mimpi2 indah. Asma' turut mengikut jejak langkah abangnya. Sesekali bibir menguntum senyum. Mungkin asyik berlari2 riang dengan Pocoyo atau Pingu agaknya.

"Esok nak meeting, terjemahan tak siap lagi ni "

Alasan di beri. Since puasa dan raya, projek ini sudah lama tidak berusik. Kini, ia harus di aktifkan. Ini bukan perkara main2. Orang sana sini tanya, persoalan2 pelik.

Pepatah Melayu "Orang memberi , kita merasa".
Pepatah Islam "Tangan di atas lebih baik dari tangan di bawah"

Kenapa orang Palestin marah sangat dengan Israel ?
Apa Israel dah buat ?
Derang pun manusia kan ?
Buat je 2 negara. Satu Palestin, satu Israel.
Dah setel ! Apa nak susah2.

Nampak bijak, tapi bodoh.
Tapi kita tak mahu bodoh. Orang tahu mesti kasi tahu orang tak tahu. Biar kita jadi orang tahu.

Sijil SPM gua tercatat c4 dalam ruangan English. Itu pun kira study sakan. Tapi itu sahaja tahap English gua , walaupun suka tengok citer omputih.

Buku Dr Mohsin pemberian Ust Maszlee sudah lama tersimpan di rak. Gua mesti lakukan sesuatu. Ia tidak harus berada di situ. Gua belek dan gua rasakan ia perlu disebarkan. Tetapi .... buku ini di dalam English. Maka dari situ, terbentuk lah satu team baru dalam sub-projek Pkini yang sebenarnya telah di lancarkan secara rasmi beberapa bulan yang lalu. Dan , kini helaian demi helaian sudah berjaya diterjemah. Gua yakin buku setebal itu bisa di terjemahkan jika bekerja dalam team.

Team mate, we will meet tonite.
Tempat biasa. Menu biasa. Topik lain2.

Tiada ulasan: