05 Oktober 2007

Second Class Citizen

Antara perkara yang menjadi kegusaran para pemimpin atasan adalah bagaimanakah hendak menjadikan rakyatnya berdikari dan independent. Ini tersangatlah penting demi menjadikan Malaysia sa-buah negara yang sentiasa berdaya saing dan berminda kelas pertama.. e ceh....terpatriotik la pulak gua pagi2 jumaat nihh...

Jadi, persoalan gua ini memerlukan kita sama2 melihat bagaimanakah kita melayan aset2 kita yang bakal menggalas misi negara dekad2 yang akan datang ?

Gua tak suruh lu fikir jauh2.....Lu tengok kat masjid aa senang cerita. Gua tak tahu apakah sejarahnya menyebabkan terjadinya fenomena dabel stended di antara sof dewasa dan sof kanak2. Mungkin ada sejarahnya, tetapi jika di kaji secara akademiknya , gua rasa macam tak de kot .. ? lu orang rasa cam ner...

Bising dan havoc itu memang sudah lumrah kanak2. Cuma kita sebagai orang yang lebihan akal punya cara bertaraf pro utk handle kanak2 ribena ini selain menggunakan kaedah herdik, nesta dan cacian agung.

Apa nak pelik, Jika diselak sejarah, tok imam, tok siak, tok bilal dan para AJK seme, zaman kanak2 mereka pasti penuh warna warni. Kaedah zaman dahulu mungkin berjaya ttp tidak rasanya gua pada zaman orang telan sim kad, molest kanak2 perempuan guna timun, bunuh dan letupkan orang dan 1001 gaya kreatif penjenayah pasca TV satelit.

Nah....!!
kita perlukan masjid yang mesra kanak2. biarkan mereka di sebelah kita. tidak ada khurafat2 seperti putus sof dan bawaan najis tidak berkhatan.Masjid semestinya happening.

1 ulasan:

salman ® berkata...

pada pendapat aku. aku still prefer cara org dulu walaupun zaman dah berubah. Yg paling utama..jaga Adab dlm surau/masjid.

kanak² kena bimbing/tegur..dia bukan self-learning. kita yg kena sumbat do n don't dlm surau/masjid. Aku still tak berkenan bebudak memekak dlm surau. ehehe