08 Oktober 2007


Syawal Tanpa Mohd Ghazali Mat Ali

akhir 2003

"Ja, Ayoh nok gi bilik air. Nak buang air besor."

Sayup2 terdengar suara ayah di hening pagi.
Aku masih mamai di sisi . Adik beradik lain bersidai entah di mana. di mana sahaja di rasakan boleh dilabuhkan punggung, di situ sahaja mata di lelapkan.

Ku usung ayah ke bilik air. Dari raut wajahnya, sedikit sebanyak ku rasakan penderitaannya. Percakapannya lemah. Telinga perlu di rapat utk mendapatkan kejelasan.

"Aduhhhhhhh.....perlahan2 ...sakit....", raung Ayah di bilik air kerana kesukaran utk bergerak membersihkan diri. Sudah berhari2 tidak mandi dan buang air besar. Sedaya upaya ku papah utk memudahkan mandi. Ku jirus kepala hingga ke tumit. Nampak segar nampaknya selepas mandi.

Ayah makin kurus. Selera makan tidak ada. Hulurkan apa sahaja. Pasti di situ lah riwayat makanan di situ berakhir tidak bersentuh.

"Kita salurkan makanan melalui tiub", cadang doktor Johan. Aku pasrah. Apa lagi jalan utk memasukkan makanan. Tidak makan membahayakan jasad. Aku mengiyakan sahaja.

Sekali lagi , air mataku berderai melihat ayah meraung ketika tiub di masukkan melalui hidung. Air matanya bergenang dek menahan 'seksaan' . Sejurus kedudukan tiub tepat, cecair makanan di salurkan. Ayah mengelupur menahan kesakitan. Aku memegang ayah dengan deraian air mata. Adik beradik memandang ke arah lain tanda tidak sanggup melihat ayah diperlakukan sebegitu. Tetapi .... itu semua utk kesihatan ayah.

Emak di kampung tinggal kerisauan. Orang kampung mula menanya bagaimana persiapan perkahwinanku. ya! aku bakal melangsungkan perkahwinan tetapi masih 'bersilat' di hospital. Kepala berkecamuk. Ayah sakit tenat.

Hari ke 10. Ayah banyak berdiam diri. Tulang jelas kelihatan di jasadnya. Hanya mata meliar ke kiri dan ke kanan melihat barisan pelawat yang hadir. Entah kenapa ramai orang pada hari itu. Sejurus selepas maghrib, dada ayah makin kencang. Doktor sibuk melakukan rawatan kecemasan. Aku minta izin utk berada di sisinya. Kalimah syahadah perlahan2 ku salurkan ditelinganya. Ayah diam. Aku gerakkan ayah...

"Ayah, bangun yah!"
Ayah kaku.

"Ayahhhhhhhhhhhhhhh!!!" aku rebah di dada ayah.


Kini,
Syawal bakal menjelang. Ayah sudah 4 tahun bersemadi. Semoga rohmu bersama orang2 yang beriman. Amin.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alfatihah buat arwah...