27 Ogos 2007


Atas Udara, Hope so.....

Gua antara insan yang dilahirkan dengan mempunyai tahap khayalan yang boleh tahan tingginya. Sejak kecil wa suka duduk diam2 dan akal akan mula memanjang sedikit demi sedikit dan kemudian berakar dan tiba2 sedar tak sedar , sudah hampir mencecah langit.

Tabiat ini berterusan sampai ke usia sekarang. Justeru, utk projek kali ini, wa cuba melakukan sedikit kolaborasi dengan member wa yang dah biasa dengan kerja2 pengiklanan. Ini dunia baru bagi wa, justeru memerlukan sedikit kajian dan "sedikit belasah_saje_la" attitude .

Draf utk iklan sudah siap dan pihak yang bertanggungjawab sudah pun melakukan review dan berasa sedikit puas hati dengan draf wa dan S. Mengikut jadual, projek ini sepatutnya akan dilancarkan pada bulan puasa nanti. Justeru, wa dan S sedang bertungkus lumus utk menyiapkan kerja2 logistik termasuk pengemaskinian skrip , rehearsal, mencari suara2 komersial, jadual rakaman dan sudah tentu ongkos yang mencukupi.

Wa yakin, jika projek ini berjaya, hit Palestinkini akan meningkat dan jika gagal....err....wa dan S tetap berpuas hati kerana kami sudah bergerak setapak cuma tidak sampai ke garisan penamat. Hik hik !!!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pasal apa hang dah x in charge palestinkini?

Tanpa Nama berkata...

good luck!