24 Ogos 2007


Sudut Mistik : Wifi

Rambut sudah panjang. rasa geli2 di bahagian tengkuk. Ini boleh mengundang ketidakkosentrasian dalam setiap aktiviti harian gua.

Justeru, gua beransur2 menyusur kota Lipis bagi meriki kedai gunting rambut yang rata2nya dimonopoli oleh kaum Hindia. Dengar kata, ada barber Melayu di Padang Tengku. otai dan murah kadar bayarannya. Namun, mengenangkan gua ingin segera, berhenti sahaja di sabuah kedai berhampiran kedai menjual telefon bimbit.

Melihat pada kondisi kedai yang mempunyai air cond serta kurangnya jumlah pelanggan, nekad sahaja utk beratur.

Sementara menunggu, secara default , gua akan mencapai majalah2 bertaraf rare yang berselerakan. Nampak seakan2 Mastika, tapi bukan. Namun, content dia memang begitu ke-Mastika-an sekali. Mistik , seks dan sedikit soal jawab agama. Itulah rukun bagi majalah2 sebegini dan gua hairan barber India ini tahu akan taste orang Melayu. Mungkin beliau telah melakukan sedikit kaji selidik sebelum membuka kedai tersebut.

Wa buka helaian demi helaian...sehingga wa tertarik dengan tajuk seperti dalam kepilan gambar. Wa rasa budak ni tentu dah kaya raya hasil pendapatan rawatan jarak jauhnya. Namun, sebagai seorang yang begitu menitikberatkan soal2 logistik, lama wa termenung bagaimana rawatan jarak jauh ini terjadi. Jika boleh di lukiskan flow chart dia , alangkah bagusnya dan boleh di pattern-kan.

Tentu budak ini bisa membantu pejuang2 di Palestin yang sering tercedera dan terluka. Lama wa termenung sehinggalah ....

"Deyyy.....mari sini duduk !! Apa fesyen mahu bikin ???

Tiada ulasan: