20 Ogos 2007


3 tahun bersamamu .. dan sekarang ....

Idea terlontar hasil dari kawan wa, Lee. Dah terbang ke UK. Dengar cerita nak sambung phD. Bagus, wa suka orang Melayu cum Muslim, pakat ramai2 jadi Doktor.
Wa dah bosan dengar orang kita ramai jadi "doktor cucuk sendiri". Bikin hati wa panas.

Indon dah ke depan. Kita masih lagi sibuk nak bikin website fan club artis AF dan torrent. Macam mana dengan nasib member wa kat sana (baca : Palestin). Kita baca surat khabar, hati pun rasa baran. Surat khabar pun paste dari muntahan media barat. Mana wa tak baran ? Berita betul2 dan terkini banyak tersirat. Berita tersurat banyak tidak memihak kepada member wa.

Daddy tak bias !!

Justeru , Lee dan wa dan rakan2 lain sajes kita up-kan satu laman web berbahasa Melayu utk market Malaysia. Macam biasa, pabila idea di lontar, akan ada pro dan kontra. Mende2 ni wa dah lali. Pada malam itu, kami bersepakat menamakan projek ini sebagai Palestinkini. Biasalah, malam pertama semua bersemangat. Macam nikah kawih gak. Hik hik !

Daddy tak bias !!

Tahun berganti tahun, rakan seperjuangan silih berganti. Wa masih cuba sedaya upaya menaik kan nama Palestinkini. Ada satu saat, wa dah sampai nak hangkat bendera putih tanda givap. Tetapi , Lee cuba menaikkan semangat wa untuk terus ke hadapan. Just Do it !! Itu sahaja kata keramatnya , yang membuatkan wa bangun dari lumpur dan terus ber'perang'.

Daddy tak bias !!

Masuk tahun ke tiga. Palestinkini sudah harum namanya. Ramai orang sudah membuat pautan. Wa sudah mampu tersenyum. Hit sudah ratus-ratusan berbanding zaman awal2 dahulu boleh dibilang dengan jari. Wa sudah mampu tersenyum. Semua ini hasil dari teamwork. Tulang belakang projek ini adalah para penterjemah yang wa rasa nak kasi satu tabik spring sekali . Saluuuuuuuuuuuuuteeee !!!!!!!!!! Kini, berita2 sebenar dapat di salurkan kepada warga Malaysia. Bukan lagi berita muntahan. Lokal dan Neutral !!

Daddy tak bias !!

Kini, wa sangat sedih. Wa terpaksa tinggalkan Palestinkini. Rakan wa , S sudah menggalas tugas sepanjang ketiadaan wa. Palestinkini ibarat anak wa. Sudah 3 tahun wa didik dan wa belai. Kini wa terpaksa tinggalkan. Hati wa hiba. Wa mahu tangkap nangis.

S. Wa harap lu jaga anak wa baik2. Huwaaaaaa !!!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

naper nak kena tinggal?