15 Ogos 2007

Jegil

Pffftttttttttttttttttttttttttt !!!

hela panjang. tanda rengusan hasil dari peristiwa hitam. the black day. Gua personally memang dah mentally-prepared dengan cacian dan makian orang hasil dari perbuatan gua ini.

Namun....

Gua sebagai manusia yang bergelar mentor telah di assign utk melatih downline gua agar menjadi manusia yang baik. Sekurang2 nya tahu menghormati azan maghrib dan tahu apa itu fungsi masjid.

But, reality's bite, man !!

Setelah 2 malam gua berjaya meng-introduce-kan AY apa itu surau, kali ini wa di uji ....
Sebelum itu wa ingin memberitahu , Secara teori, surau adalah tempat mesra pelanggan. Pelanggan boleh datang dari pelbagai golongan. Kanak2, remaja , orang tua, orang kufur , orang soleh , kaki dangdut, kaki minum arak, kaki perempuan, kaki judi, rockers, mat skate, pembangkang, penyokong kerajaan, artis, drebar bas yang mempunyai waran tangkap, ahli politik yang terlibat dalam rasuah, artis cina yang menyanyikan lagu kebangsaan dalam irama rap serta banyak lagi. Ia tidak terhad kepada mereka yang telah pencen yang hanya tahu menyandar di tiang menanti azan isyak sambil mengulas isu di Harian Metro.

But, reality's bite, man !!

Budak berumur 3 tahun , gua tak leh imagine kita boleh arah dia supaya duduk diam tersimpuh sambil menanti ayahnya selesai bersolat. Itu rare beb !! Gua tak nafikan memang wujud spesis seperti itu, but it's rare man !!

Justeru, jika kelihatan anak2 berlari sambil berteriak seolah pelumba F1 di kala jemaah bersolat, itu normal aa bro !! Lu pelik apa ?? Itulah dunia mereka. Gua pun tak amek port sangat aa...tapi gua heran la ngan "geng pencen yang hanya tahu menyandar di tiang menanti azan isyak sambil mengulas isu di Harian Metro" ini ? Lu amek port sangat ngan budak2 ni apa kes bro ??? Lantaq aa depa nak berlumba2 dalam surau ? Lu solat aa cam biasa ... buat2 lali jek ... dah aaa...

Tak yah aa nak sound2 wa tgh orang ramai kata wa tak reti jaga anak !! Gua tahu aa wa ni pun bukan pandai sangat bab2 parenting ni , tapi setahu gua, anak sekecik ni kene introduce dengan surau awal2 usia lagi...Tak yah tunggu sampai bulu kaki dah sejengkal tumbuh baru terhegeh2 nak heret ke surau. Time tu wa rasa depa dah sibuk isi borang nak masuk Ikon Malaysia !!

But, reality's bite, man !!

Pftttttttttt !!!

Perlahan2 wa tinggalkan surau. AY lena di sebelah tanda puas berlumba di dalam surau.

3 ulasan:

bayam berkata...

hehe niat lu murni bro, tapi kalau dah mengganggu jemaah lain masa tengah solat berjamaah tu kena la plak pikir rasional dia jugak kan... dia pun ada hak nak bersuara lebih2 lagi mungkin dia terganggu dan terkurang kekusyukkan solat dia.. hehehe..

just my 2 cent thot...

Unknown berkata...

heheheh...

kalau ikutkan ...
cucu Rasulullah dulu, duk atas tengkuk masa baginda sujud , lek je ... hehhe...

AY main formula one jek ... lek aaa ...

Tanpa Nama berkata...

antara metod didik yg terkesan ialah terus ingat dan ingat lagi. Anak-anak dalam usia ini kena tegur dengan alasan munasabah (ikut paras akal dia). Ingat dan terus ingatkan, pesan dan pesan lagi, agar sebati dalam minda supaya jaga adab dalam masjid.