09 Julai 2007

Tshirt Pkini Siap Di Tempah, Moga Selamat Sampai Ke Tangan Kalian.

Siang hari tidak ketaruan. Isu rekabentuk di depan masih lagi tidak selesai. Oleh kerana aku hanya plagiat sahaja di internet. Imej asal pula tidak besar, maka sesuatu harus dilakukan.

Photoshop tidak banyak membantu. Aku hanya celik Photoshop. Rakan pula menyuruh aku meggodek Ilustrator utk kerja2 men'trace' font ala2 baseball itu.
Hmm.....tak koser aku .....

Ping Kroll. nampak macam tak bz. itu petanda bagus bagi menjayakan misi hari ini. hantar imej utk diubahsuai. 5 minit sudah di balas. Cukup efisyen modal insan sorang ni. aku komen. dia terima.

Balas kali kedua. Kali ini bibirku menguntum senyum. Cukup mantap sekali kerja2 peniruan beliau. spring tabik sekali !!

Malam menjelma. Tokey Tshirt sudah menunggu. Seluk poket. cukup 3 ratus untuk pendahuluan. Kalau tak laku, terjun sungai aku kali ini. Partner aku berani pulak order banyak. Aku takut. errhmmmm....mungkin sebab tu aku tak kaya2 sampai sekarang...hehhehe...takut pada risiko. Padahal kat rumah tu, seme buku tentang cara2 menghadapi risiko aku beli. Tapi takat teori je aa....Dare to Fail kunun......huuh....

Aku sembang lebat. Ceritakan bagaimana design yang patut diprintkan. Telinga masing2 dengar rapat. Aku tidak mahu komunikasi pecah-turun (baca: breakdown). Jika berlaku, bermakna semakin aku di hujung gaung ...

Duit dikira lagi sebelum di serah. Tokey tersenyum, aku merudum. Perut terpaksa diikat untuk bulan ini. Menanti laba yang ntah ada ntah tidak. Harap Maha Esa membuka sedikit pintu rezeki buat hamba yang hina ini. Amin....

Tiada ulasan: