09 Julai 2007


Prebiu_sessi bosan : Blood Diamond

Kali pertama, aku mendengar prebiu S. di blognya, aku tidak teruja sangat. rasa macam biasa2 aje mendengar olahannya tentang cerita itu.

Kali ini, aku menonton sendiri. hmmm...not bad for Caprio selepas lakonan yang memualkan di Titanic. Kali ini Caprio tampak bergaya dengan gaya bahasa African-nya.

Walaupun hero adalah berkulit putih ttp lakonan mantap Djimon Hounsou tidak harus diketepikan. Isu kekeluargaan yang diketengahkan agak mencuit perasaan. Jiwa sang ayah yang mempunyai tahap kecintaan yang menebal terhadap sang anak harus diberi pujian.

Antara konpirasi penyeludupan berlian berprofil tinggi dan kasih sayang keluarga menjadi umpan cerita ini. Sangat menarik sekali. A must-seen-movie.

Senario perang antara pemberontak yang menggunakan kanak2 sebagai perisai terhadap cita2 busuk mereka begitu menarik digarapkan. Walaubagaimanapun, skrip2 berupa carutan terpampang di sana sini.

4/5 bintang dari gunx.

Tiada ulasan: