02 Julai 2007

The Truman Show ... in the making

Anak2 kecil , kain putih. cukup manis bila dipandang.
bakat terpendam. hari2 di bilik air, suara kedengaran.

di sana, punya pertandingan. bintang kecil , tajuk di sandang.
ibu dan bapa makin penasaran. ini tanda laba pelaburan, makin mendatang.

2 juri terpacak di depan. kamera besar dan kecil menyuluh gemilang.
'kain putih' datang menyembah. juara bintang kecil, misi didakap.

pulang sekolah, hati berdebar.
kenapa gerangan ibu ketawa girang.
soalan ditanya , itu dan ini.

kamera disuruk di sebalik jendela
untuk tontonan Melayu di sana.

Anak kecil melompat puas.
Tanda perjuangan sudah terbalas.

Pelajaran biar ke tepi dahulu, berikan jalan kepada bakatku.
Kerna jika aku berjaya, ijazah diploma tidak lagi bermakna.
Wang dan glemer sudah tersedia.
model iklan minyak wangi dan air tenaga.
waahh....tentu kaya...

Itulah dia cerita dongeng negara Pasir Berdengung.
rakyatnya alpa kerana ceritera ntahapapa.
janganlah kita menjadi sepertinya.
kelak kita akan binasa.

Hahhahhaa.......*efek gema macam jin dalam cerita Ahmad Albab*

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

budak2 nie generasi yang akan mengisi AF 10, AF 20.. sedih la tgk byk sgt nyanyi2 skrg nie....