Format
Tahun 70, aku masih tidak berjasad. Tahun Hadhari, aku punya akal dan mata. Orang kata, zaman 70-an, zaman emas. Zaman negara jiran gerun dengan kelibat team Malaya. Kelibat Mokhtar Dahari bagaikan Optimus Prime. Rembatan yang pasti menggoncang jaring. Jepun dan Korea yang kita sangkakan hebat sekarang, pernah di tapau Malaysia. Tapi sejarah walau macam mana manis sekalipun, tidak ada maknanya. Yang penting, apa yang terjadi hari ini.
Jamaica. Orang hitam dan tinggi. Bob Marley , jika diselak kad pengenalan, penduduk pribumi Jamaica. 55.7% ekspotnya adalah bersumberkan makanan (baca: 4% adalah mengekspot pisang).
Jika di ukur daripada segi pembangunan modal insan, rasanya Malaysia rating teratas berbanding Jamaica. Begitu juga jika diukur dari segi pendidikan dan frasarana.
oh! ya, mlm tadi aku terhibur dengan permainan persahabatan. Begitu apologetic sekali permainan Malaysia. Jadi , aku membuat kesimpulan bahawa logo yang tersemat di dada kiri setiap pemain iaitu lambang seekor harimau yang garang seakan2 tidak relevan lagi. Harimau merupakan binatang predator , membaham bukan dibaham. Bukan apologetic !!
Jadi kita perlu binatang yang bersifat apologetic.
kucing?
hamster ?
tupai ?
...atau sekurang2nya jersi Malaysia berjenama Hello Kitty.
Baru nampak apologetic dan bersyukur apa yang ada.
Maaf !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan