10 Julai 2007

Mind Your Own Language

Sebagai salah seorang pelajar yang saban hari menatap kitab2 bahasa Arab, pengisian slot bahasa Inggeris-ku seolah2 di anak tirikan. Sudahlah rancangan2 di RTM ketika itu sudah dialihbahasakan. Maka, makin kurang terma2 Inggeris ku dengarin. Mungkin itu salah satu faktor markah paper English-ku agak kurang terbang warnanya (baca : flying colours).

Maka, sebagai pemuda yang perasan berwawasan, ku cuba menjadi opportunist seboleh mungkin bagi mengejar cita2 ku ke Amerika Syarikat.

Sebut sahaja, Amerika Syarikat, ibuku terus melenting tak hingat. Mungkin tidak mahu anak sulungnya hanyut dengan kejutan2 budaya kuning di sana. Kendatipun, mendapat tentangan tahap dewa, ku cuba meng-upgrade tahap English , jika mendapat tawaran nanti , tidaklah lidah kelu menyebut "Hello Dude !!".

Maka, sebagai langkah awal, ku cuba membeli akhbar berbahasa English terutama The Star yang rasanya lebih mudah berbanding NST yang nampak lebih British. Aku lebih suka American English daripada British English yang bagiku nampak skem jek . Jadi saban hari ku tebalkan muka menongkah arus membeli akhbar omputih. Setiap kali ku beli pasti ada pakcik akan memaling muka melihat seorang pelajar bersongkok , berseluar hijau, berkasut Carefree high-cut stok main tekong terhegeh2 mengira syiling bagi memastikan amaun pembelian cukup.

(note : aku jadi gua lak)

Pada peringkat awal, gua rasa agak nyilu membaca terutama ketika ketemuin terma2 baru yang membuatkan gua rasa ketat nak buka kamus. Tetapi memikirkan missi gua nak ke Amerika, gua lawan juga. Helaian demi helaian gua selak. Adakala gua buat2 faham jek .

Selang beberapa bulan , wa cuba ... tahap kenyiluan gua makin minima. Gua dah leh layan sitcom omputih dengan senang hati. Juga paling membanggakan, gua sudah boleh memberi direction kepada 2 orang pelancong sesat di bandar Maran. Walaupun gua tahu direction yang gua bagi bukannya betul , ttp sekurang2nya gua dah boleh meng-happly latih tubi gua selama beberapa bulan yang lepas.

"Not bad !" getus hati gua. Getus hati pun dalam bahasa Inggeris.

Namun, cita2 gua ke Amerika Syarikat tetap gagal , sebaliknya gua tercampak ke Utara. Balun je aaa....Hehhehe....

2 ulasan:

angel_baik berkata...

ok per dok utara.. leh gak cakap 'hello dude!"

bayam berkata...

lu dulu beli paper omputih duk layan Blasting Concept.. macam la wa tatau.. wakakakaka