11 Julai 2007

Anda tidak perlu fanatik kerana ....?

Sugul. Itu sahaja dapat gua luahkan pada perlawanan Malaysia dengan Cina malam tadi. Bukan ... bukan kerana Malaysia bolos 5 gol kepala apek2 ini ttp tahap kefanatikan penyokong Malaysia yg gua rasa amat2 tidak munasabah.

Pabila wisel penamat dibunyikan, maka beterbanganlah objek berupa botol mineral ke udara di balingkan kepada penyokong2 Cina yang berada di bawah. Gua hanya mampu menggelengkan kepala. Dari satu sudut, imej Hadhari yang sangat2 PM kita garapkan sudah tercalar dan dari perpektif gua sebagai kaki bangku terulung pula ... hmmm....

Sedarkah kita, penyokong akan menjadi fanatik apabila satu team itu tersangat tahap cipan kepaduannya. Contoh paling senang, Mexico, Argentina, Colombia, err.... German. Penyokong mereka sanggup menggadaikan nyawa demi menyelamatkan maruah pasukan mereka. Kenapa ? Kerana mereka hebat sekali pabila beraksi di padang.

Tetapi , sudah di ketahui, secara realiti, pasukan Malaysia masih bertatih. Pabila mereka bermain, kita sudah tahu akan keputusannya cuma pemboleh ubah terletak kepada berapa yang akan mereka kene. Itu sahaja. Simple!

....
Maka, adegan baling botol kepada penyokong Cina amat2 lah di kesali sekali.

Perlu di ingat, gua masih lagi nasionalis terhadap isu ini cuma kita perlu berpijak pada realiti. Betul tak Cikgu Jan ?

Oh ya ! Gua masih menaruh harapan agar logo Hello Kitty di nobatkan menjadi logo rasmi Pasukan Kebangsaan. Cute sangat !

Tiada ulasan: