26 Jun 2007

1 inci

aku order kopi jantan. S macam biasa. milo panas. pekat dan manis tak seberapa. mata melilau kanan dan kiri. orang di sekitar rancak berbual.

buku tebal aku hempas perlahan. S ushar rapat.

"amacam ? ada bran ?"
"Buku ni ke ?"
"Yerp, pelan2 aa kayuh"

S diam.

"OK kot"


satu MoU termetrai. Buku tulisan Dr Muhsen Salleh, seorang rakyat Palestin. Sejarah Palestin. bunyi macam serius isi kandungnya. tepat sekali. memang serius.

"Ada ke orang nak baca nanti ?" memang itu soalan popurar (baca : pelat Cina).

aku dan S pun tak dapat memberi jawapan. tapi itu sahaja kemampuan yang kami ada. kami boleh serba sedikit berbahasa Inggeris. kami tidak berani nak lekatkan bom di dada.Iman sebesar biji kacang. hari ni naik, esok turun, lusa pun turun. macam statisktik prestasi pemain bola Malaysia.

jadi ...

buku 1 inci ini harus di melayukan.

"eh! abang Gunx, kami berminat aa nak join projek u "

kalau berminat, tulis email kat shout out box , nnt aku kontek. hehehe....

Tiada ulasan: