27 Jun 2007

Tangkis

Mula !!

Servis bertukar tangan. mata terikat. peluh galak mengalir. adrenalin rancak dihasilkan.

2 pemain. rakan di pejabat. sekarang lawan digelanggang. jika diukur secara teori, kelebihan lebih berpihak kepada diriku. tinggi dan tampan tangkas. Namun jika di gelanggang, itu semua sudah bersifat subjektif. ini bukan formula matematik yang memang jawapan adalah statik. ttp ....

16-16,
servis di pihak ku. senyum tanda gelaran juara bakal diberi.
bola ku lambung. R membalas. R sudah menghidu kelemahan ku.

aku lemah di bahagian back hand kiri. kerana aku rightist . bola sebegitu memang aku benci. ku gapai jua.
bola ku tampan sempurna. moga ia terbang ke sebelah sana. dan aku akan .....

tapi ... bulu tangkis itu mengkhianatiku. tersasar jauh ke luar.

kini, R mampu tersenyum. servis bertukar. ku getap bibir tanda geram.

Bola di lambung. aku membalas ke belakang seperti biasa. itu lah kelemahan R. dia akan 'lemas'. bola akan 'mabuk'. servis akan ke dakapanku. Ttp ....

R melakukan libasan. Libasan yang mengeluarkan aku dari domain selesa.
Telinga menjadi kebas. Suasana sunyi. Peluh menitik perlahan. Perlahan2....

Bulu tangkis sunyi. Kecundang.

Maghrib ku pulang. Tidak berkasut. Tanda protes ke atas kekalahan.

Tiada ulasan: