25 Jun 2007


Terjah ke Ibusawat Kumprinx

Seharian tiada koneksi ke alam maya semacam nasi lemak tiada bersambal. oleh kerana balik ke Lipis utk sebulan ini telah bertukar menjadi acara mingguan, aku termanggu seminit dua memikirkan akan tranformasiku ke alam siber. hek eleh ...!!

justeru, rakan sejawatku dari kota lipis , Kumprinx mengofferkan wifi-yang-ntah-sapa-punya kepada ku. agak menarik.

justeru, setelah kerja2 membeli pampers dan susu anmum telah selesai, bangunan Centerpoint yang nampak old skol tu ku panjat utk ke ibusawat. ternyata pengoffer an ternyata berbaloi. Koneksi terpampang full bar. Marvelezz sekali.

justeru, dengan gumbira dan hati yang berwarna-warni, aku meng-surf-kan diri barang seketika utk menghapdate laman Pkini edisi Sabtu.

TQ Kumprinx

Fakta Menarik
Di Pahang terdapat akhbar baru, Sinar Harian. Sekali pandang macam Harakah, pasal font dia sejibik. Lagi satu, dengan beraninya , akhbar ini meniru aksi berani Sammy Velly dengan mempublish-kan no telefon bimbit wartawan daerah memasing utk dihubungi. Menambahkan lagi gerun, wartawan2 wanitanya semuanya bertaraf 3 bintang. Tak takut ke woi !!!???

Tiada ulasan: