01 November 2006


Hari Raya Mode

baru masuk opis hari ni, tapi cam tak leh tune lagi kepala hotak aku nih, macam2 perasaan dan pengalaman dapat aku kutip since raya tahun nih, ada yg manis, pahit , kelat, tawar dan biasa2 aje.

sanak sedara , sepupu sepapat aku dah makin besar, dah pandai cari duit, dah ada ijazah, dah ada kudrat tulang 4 kerat , dah ada matang akal. semua ini tiada pada raya2 sebelum ini. perjumpaan setahun sekali memungkinkan aku menemui pelbagai perubahan manusia. aku sendiri termasuk dalam fasa perubahan ini.

dah semakin berusia dan tua. sudah beranak. sudah berbini. sudah bermertua. sudah berbiras. sudah bermenantu (baca : aku dah jadi acting bapa mertua.). itu lah lumrah kehidupan dunia. kita tidak boleh lari daripada perubahan. sama ada hendak atau tidak . ia tetap akan berlaku. walau macam mana keras pun hati kita. hari tetap akan berlalu , jam, minit dan saat akan terus melabuhkan tirai. meninggalkan kita manusia hina di belakang.

itu lah hari raya, hari yg begitu istimewa. umat sedunia menyambut girang gembira. tanda kemenangan melawan ombak tsunami nafsu. Allahu akbar (3x).

Iklan
antara perkara yg aku tunggu time raya adalah iklan raya. tahun ni macam tak meriah la pulak iklan. ada 2 sebab kot. save bajet atau tak de idea. so, aku rasa yg paling menyerlah aku rasa adalah iklan petronas. very the seddey one .... nak menangis gak tengok first time . tapi dah lama2 tengok , aku gelak la pulak masa dia kentut tu ... hehhe... apa raa mat gunx. tak sensitif langsung .... hehehe....

Jemaah
Isyak malam tadi, aku ke surau as sohabah belakang rumah. erhmm...aku rindukan jemaah ramadhan. di mana kalian semua ... ??? hehhe...

Tiada ulasan: