20 Oktober 2006

Selamat Menyambut Eid Mubarak kepada pembaca gunx.blogspot.com


Kepada : Pengerusi Persatuan Blogger Tegar Malaya

Perkara : Memohon Cuti Selama 7 Hari

Saya, pemilik lot gunx.blogspot.com ingin memohon kepada pihak tuan cuti selama 7 hari efektif pada hari Sabtu (20 Oct 2006) hingga Ahad (29 oct 2006) kerana hingin menyamburt hari raya aidil fitri yang mulia.

Oleh yang demikian dimaklumkan bahawa lot gunx.blogspot.com akan sunyi seketika daripada sebarang aktiviti penyelenggaraan dan penghapdetan. Justeru, saya amat2 mendambakan belas ehsan pihak pengurusan agar meluluskan permohonan saya ini kerana keluarga mertua saya di Kuala Lipis (turn minik la pulak tahun ni) amat memerlukan khidmat tenaga extra jantan maskulin saya utk memasak lemang, mengecat dinding, mengantung langsir, menyapu habuk dan juga memotong rumput.

Saya juga berharap agar para peminat fanatik gunx.blogspot.com agar mengurangakan kefanatikan anda. teruskan bertadarus al quran sehingga ke titik dakwat terakhir. teruskan beriktikaf di masjid. teruskan memberi sedekah. teruskan menyapa jiran. isi kandungan gunx.blogspot.com hanya momokan kosong yang tiada faedahnya. jika ada pun , secara kebetulan sahaja.

Terlanjur menulis ini, saya hingin memohon maaf kepada rakan2 di persatuan blogger tegar malaya sepanjang kita bersama. melalui kalian, saya dapat membaiki kelemahan dalam menulis. saya hanya tahu menulis dan menulis. public speaking jauh sekali kerana kurangnya keyakinan diri , jadi biarlah saya dengan dunia penulisan sahaja. kepada ibu saya , Rogayah, yang banyak menumpahkan peluh dan air mata sepanjang membesarkan insan kuyu ini. maaf kan daku wahai ibuku !!

buat warga kerja Palestinkini, kipidap!! you guys are great!

maaf kerana saya menulis ucapan selamat hari raya dalam surat permohonan cuti ini. Sekali lagi , harap permohonan ini diluluskan dengan sebulat suara. kerana jika tidak di luluskan hati saya akan hancur berkecai bagai buih2 bertaburan di tepi pantai.

Kerjasama pihak tuan amat dihargai.

Sekian , Terima kasih.
Gunx

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

har...har...har..tak bley tahan baca surat gunx nih..