02 November 2006

Syawal Meniti Usia

aku ke Jengka hari raya ke empat, hari keempat selalunya disambut dingin jika di kampung kerna tempoh raya tamat tempoh tatkala selesai menunaikan solat sunat raya.

ibu sajes ke Jengka di pagi itu. aku agree ajer. sudah lama tidak kesana. wan imas antara manusia tertua di kampung ku. kelibat beliau sudah lama tidak ada di kampungku. di kala sihatnya, saban petang aku akan mendengar celotehnyer di beranda rumahku. ada saje genre cerita nyer. ada berunsur nasihat, ada berunsur satira rakyat, ada berunsur sedih. cukup memberi makna jika di amati dengan mata hati.

jiwa aku dekat dengan dia kerana arwah suaminya, merupakan guru al quran ku. tiada bayaran bulanan tetap di kenakan. hanya pemberian ikhlas sahaja di dambakan. tidak hauskan wang ringgit. saban petang juga arwah suaminya ke rumah, berbual dan bersantai dengan arwah bapaku. menge;teh sedas dua.

kini, 2006 , itu semua hanya sejarah. usia wan imas sudah melepasi 100 tahun. sudah lupa dan nyanyuk. tiada yang pelik jika bernama manusia. aku pun akan ke destinasi itu jika Allah panjangkan usia. moga wan imas diberkati usia dan moga Allah berkati usia arwah suaminya yg tidak jemu mengajar Al-Quran kepada anak jati kampungku. ameen !

Tiada ulasan: